Assalamualaikum semua...
Sebenarnya malas nak menulis blog ni.. bukannya apa, mmg dari sejak kecik lagi menulis bukannya bidangku. Setiap kali bila cikgu suruh menulis karangan, perkara yang paling menjadi masalah ialah memilih topik untuk ditulis. Sampailah ke dewasa, mesti ada problem kalau nak menulis.
Tapi kali ni berbebeza. Sebab topik nie terpaksa ditulis jugak. ini mungkin akan menjadi topik pertama dan terakhir dalam blog nie. (maksudnye akan ada satu topik aje). blog nie khas dibuat untuk mengucapkan bebanyak terima kasih kepada Satu Solution dan tuanbri.
Tak ada orang yang paksa aku menulis blog nie (terutamanya tuanbri/satu solution), tetapi aku rasa terpanggil untuk tulis jugak atas 2 alasan:
1. Untuk mengucapkan terima kasih
2. Untuk share dengan korang semua experience yang aku dah dapat
Ingat lagi tak pada hujung tahun lepas, tuanbri ada menulis di dalam blognya pasal 'Raja Penara'. Kalau tak ingat, boleh rujuk balik blog dia. (http://tuanbri.com/blog/2010/01/raja-penara/)-sorry, tak pandai nak link2. Basically, aku akan lengkapkan cerita tersebut.
Rumah ini adalah rumah kedua aku masuk lelong. Masa tu, aku baru habis baca buku pasal property investment, dan baru sahaja berjinak2 untuk invest dalam property. Dalam buku tu ada banyak memberikan tips2 untuk invest dalam property. Satu hari tu, mase tengah boring2, aku terjumpa dalam internet (lupa website apa), ada satu rumah sri penara untuk lelong. Kebetulan selalu dengar pasal kehebatan rumah penara nie, dan bila ternampak iklan lelong nie, hati tiba2 kata suruh masuk lelong. Padahal sebelum2 nie, bila nampak rumah penara aje, mesti akan terdetik-susah nak dapat nie, orang berebut2. So berbekalkan tips dari buku tersebut, hasil bacaan dari blog2 dan forum, dan kebetulan ada modal sikit untuk beli rumah nie, aku terus contact tuanbri. Mase tu tak salah aku 2 hari sebelum tarikh lelong. Bende pertama yang tuanbri tanye, is ko dah tengok rumah tu? Aduh.. nie yang malas nak pergi usha2 pulak nie. Nasib baik rumah tu agak dekat dengan tempat kerja aku... lebih kurang pukul 7, lepas kerja, aku pun bergegas untuk pergi tengok rumah tu.. Itu adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke flat sri penara. Sampai2 je kat sana, punyelah terkejut.. sesaknye tempat nie! tak leh nak nafas rasa. Tapi tulah satu bende yang aku perasan. rumah2 yang hot, mmg kebanyakan areanya macam tu. penuh dengan orang. Kalau tak percaya, boleh try pergi teratak muhibbah dengan mentari court. So bila sampai kat sana, nasib baik terjumpa satu parking. Terus naik atas, n carik rumah tu.. yang peliknya, lif dia tak sampai ke tingkat 15! so aku terpaksa turun kat tingkat 16 and turun guna tangga.. ishk pelik.. tak pernah jumpa tempat macam nie. bila jumpa rumah lelong tu, hati aku dah start berdegup kencang... bukan apa, manalah aku reti ketuk2 rumah orang nie, pastu nak cakap ape pulak....so dengan penuh tak malunya, aku pun ketuklah pintu rumah tu.....bersambung...
No problem bro...
ReplyDeleteaku berbangga dengan hasil kerja kau...hehehe
ni aku tolong link kan untuk kau....
http://tuanbri.com/blog/2010/01/raja-penara/