Saturday, September 11, 2010

Genap setahun!

Tinggal lagi sebulan lagi, maka lengkaplah setahun aku terlibat dalam hal2 investment ni. Masih teringat lagi pada mase muda2 dulu (padahal tak sampai setahun pun). Ade banyak kesilapan yang aku telah lakukan, ada banyak bende yang telah aku belajar dan ada banyak juga rintangan yang terpaksa aku alami. Kini aku lebih matang, lebih cerdik, tapi masih mentah lagi dalam hal2 investment ini. Sepanjang tahun lepas, aku banyak memberi focus pada property investment, walaupun ade beberapa lagi investment yang telah aku lakukan. Setakat ni, investment yang banyak memberikan keuntungan adalah dari property dan ASB untuk diriku. Ada orang lebih kepada saham, ada orang lebih pada unit trust, dan lain2.


Masih ku ingat lagi ketika membaca blog pie, dia ada menceritakan bahawa dia mampu mengumpul rm100k dalam masa setahun dengan investment dalam property. Pada ketika itu aku macam tak percaya dan aku rasa hanya expert macam pie sahaja yang akan berjaya mengumpul duit sebanyak itu. Bagi tahun lepas aku tidak meletakkan sebarang target. Yang aku tahu hanyalah untuk mengumpul aset sebanyak mungkin.

Jadi, tadi ketika beraya, aku pun dok kira2 aset aku. Pada mulanya aku menyangka kebanyakan hasil investment aku akan dating dari ASB. Jadi aku budget2 mula2 aku akan dapat meningkatkan aset aku lebih kurang 7-10 peratus. Tapi, lepas kira2, lain pulak rupanya. Aku terkejut beruk.. tak ku sangka, aku telah berjaya menaikkan aset aku lebih kurang 50%! Nilai yang kalau aku simpan hasil gaji aku setahun tanpa sentuh pun tak boleh nak sampai. Alhamdulillah..

Tapi, ade satu problem. Cash kat tangan aku makin berkurang. Kebanyakan cash telah aku tukarkan dalam bentuk property. Tak lama lagi perkara ini akan menjadi masalah. So far aku jumpa penyelesaiannya, tapi tak leh nak implement lagi, sebab ade beberapa perkara pasal rumah2 sekarang yang tak settle lagi.

Nanti bila dah settle aku share ngan korang yer..

Plan untuk tahun nie pulak, aku budget nak start dengan set kan objektif. Tahun nie, aku Nampak susah sikit untuk achieve 50% peningkatan aset, tapi mungkin boleh dapat pada nilai aset yang sama (maksudnya percentage dah kurang tapi amount rm sama).

Sekarang nie tengah pikir ape objektif untuk aku letakkan tahun berikutnya.. nanti bila dah set, boleh lah letak.. maybe malam nie boleh pikir kan.... rasanya objektif kali ini, lebih banyak untuk meningkatkan cash kat tangan kot...

Any recommnendation?

No comments:

Post a Comment